January 6, 2010

Indahnya Berbaik Sangka...


Hubungan yg baik antara satu dgn yg lain dan khususnya antara muslim dgn muslim merupakan sesuatu yg wajib dijalin sebaik-baiknya. Hal ini demikian krn Allah telah menggariskn bahawa mu'min itu adalah bersaudara. Segala bentuk sikap dan sifat yg dpt m'perkukuh serta m'mantapkn persaudaraan perlu dipelihara, sedang segala bentuk sikap dan sifat yg mampu merosakkan ukhuwah mesti ditinggalkn. Oleh itu, ukhuwah islamiyyah dpt dijalin dgn baik. Salah satu perkara positif yg harus dipenuhi adalah 'husnuzh zhan' (berbaik sangka).

Apabila kita didatangi informasi negatif yg berkait rapat tentang hal peribadi seseorg, terutamanya mereka itu adalah saudara seIslam, maka kita hendaklah melakukan tabayyun (penyelidikn) terlebih dahulu sblm m'percayainya. Allah berfirman, maksudnya;
"Wahai org2 yg beriman! Jika dtg kpd kamu seorg fasiq membawa sesuatu berita, maka selikilah (utk menentukn) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakn sesuatu kaum dgn perkara yg tidak diingini dgn sbb kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yg telah kamu lakukan."
(Surah Al-Hujuraat : Ayat 6)

MANFAAT BERBAIK SANGKA
Antara manfaat pertama yg diperoleh seseorg itu apabila mengamalkan husnuzh zhan adalah persahabatan & persaudaraan mnjadi lebih baik. Berbaik sangka dlm hubungan sesama muslim dpt menghindarkn keretakan dlm sesebuah perhubungan.

Kedua, terhindar drpd penyesalan dlm suatu perhubungan. berburuk sangka akan membuatkn seseorg itu cenderung utk menimpakan keburukan kpd org lain tanpa bukti yg sahih. Perkara ini dpt dilihat dgn jelas melalui firman Allah sebagaimana yg telah disebutkn di atas.

Ketiga, akan merasakan kebahagiaan walaupun atas kejayaan atau kemajuan yg dicapai oleh org lain. Perasaan bahagia ini dpt dikongsi bersama meskipun kita sendiri belum mencapai kemajuan sepertinya. Perkara seperti ini memiliki erti yg sgt mendalam. Hal ini demikian krn, jiwa akan menjadi tenang dan terhindar drpd rasa iri hati, yg boleh menjurus kpd dosa besar.

RUGINYA BERBURUK SANGKA
Apabila kita berburuk sangka, akan ada kerugian yg akan diperoleh sama ada di dunia mahupun dia akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakn perbuatan yg amat jelas rendah nilainya. Sebagaimana firman Allah yg bermaksud;
"Wahai org2 yg beriman! Jauhilah kebanyakan dr sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) krn sesungguhnya itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban org dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yg lain. Adakah seseorg dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kpdnya. (Oleh itu, patuhilah larangan2 tersebut) dan bertaqwalah kamu kpd Allah; sesunggunya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Hujuraat : Ayat 12)

Kedua, dusta yg besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, krn apa yg kita kemukakn merupakn suatu dusta yg amat besar, perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah;
"Jauhilah prasangka, sbb prasangka itu adalah perbicaraan yg paling dusta."
(Hadith Riwayat Muttafaqun alaihi)

Ketiga, menimbulkan sifat dan tabiat buruk. Antaranya muncul sifat2 ghibah, hasad dengki dan lain2. Terdapat hadith yg meriwayatkn bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya;
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kpd kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorg itu benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yg benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kpd kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Selama seseorg itu berdusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sbg seorg pendusta."
(Hadith Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment